04 April 2011

orang memberi atau orang menerima lagi happy??

hey folks!!

cehceh. harini aku just nak share sikit je. benda ni dapat mase dengar ceramah haritu. ustaz yang bagi ceramah timbulkan persoalan "orang memberi ke menerima yang lagi happy"

okay mari fikir secara logik. kita kalau dapat hadiah kan rasa sangat happy kan. lagi-lagi kalau dapat something yang kita memang adore gila. asek nak tengok je benda yang kita dapat. asek nak belek je. asek nak pegang je. asek nak (cube try test-aidanohara) je.

tapi cube fikir lagi, orang yang beri tu ape perasaan dia. lagi-lagi bila beri something untuk orang tersayang. lagi dia happy tengok orang tu suka sangat dapat hadiah dari dia. lagi dia suka bila tengok orang tu asyik dok belek-belek barang yang dia bagi. lagi happy bila orang tu gunakan apa yang dia dah bagi tu.rasa dihargai gila.

jadi, aku tak boleh bagi jawapan untuk siapa yang lagi gembira kat sini. sebab setiap orang ade pendapat dia sendiri. cubalah fikir. dan di sini siapa yang lagi happy?


peni : nak kasut tak?? tapi murah jee

feqa : NAKKKKKKKK!!!! tak kesah pon



*hari exam dah nak hampir. tapi lepas makan tengahari asyik tidur je. sampai kawan aku kata 'hoi, ko nak badan jadik macam dugong ke asek tido je ni' fuhhh koajoooo betul.


01 April 2011

fuhhh. berderau darah kawan

Assalamualaikum. astaghfirullahalazim.*istighfar dulu

firstly, macam tak tau nak cakap macam mana tah. tapi rasa serba salah sangat ni. Ya Allah, sombongnya aku ni. mudahnya lupa pada orang sekeliling. eh NOPE!! bukan lupa. tapi leka. leka dengan persekitaran baru. baru? entah.

jenguk blog. macam biasa bukak blog yang wajib dibaca. tetiba, ternampak kawan post pasal aku. ha'ah. pasal aku maybe. sebab letak gambar aku. try nak bukak, alamak private pulak dah.semenjak bile? tapi dapat bace sikit ja intro dia.

haihh, betul jugak dia kata lama dah tak dok contact contact. mintak maaf sangat lah FARHANA @ HAHA. aku cuma missing in action. hilang dalam diri sendiri. konon-konon macam busy sangat je.walhal biasa je pon.

memang lah, aku pun perasan sekarang ni aku banyak lupa. lagi-lagi tarikh penting. macam birthday kawan. huhh, aku hampir nak wish birthday ekin haritu. tapi birthday dia belum lagi. nasib tak wish lagi. banyak lagi lah yang aku selalu terlupa. TER okay.

mintak maaf lagi sekali. untuk semua. bukan sombong. bukan sengaja lupa. apapun korang korang nih aku selalu ingat. SORRY ONCE AGAIN ;(



minta maaf ye HAHA
imy :)



28 March 2011

boleh start countdown.boleh?

entah ape tah tajuk tu.

aduss. okay harini 29/03/11. dah hujung bulan march rupanya. lagi dua hari dah boleh says"HELLO APRIL,GOODBYE MARCH".

okay, bukan ni ke yang aku nak sangat dari awal-awal masuk uitm lagi? tak sabar nak habiskan zaman part 1. tak sabar nak tunggu bawin kawin bulan 5 nanti. tak sabar nak habis koko,..etc..

tinggal 22 hari je lagi. FINAL EXAM. oh syoknye, habis final lepastu boleh enjoy!! haah banyak la kau punya enjoy. macam confirm je boleh dapat 4.00 flat. nak kene refresh balik ape yang dah dibelajar dari awal sem.

Dear Account,
please be good to me :S
tolong beri kerjasama yang sangat baik lah.


dahlah, bye.HAHAHA
*amboi seronoknya*



22 March 2011

Thanks to Allah


Assalamualaikum.

Foa, i wanna wish congratulations to my dear sister, Deena. Alhamdulillah, although she did not achieved her target but you know,i think this is very impressive! (maybe only me feel it)


*******
yeah, i know she felt a lil bit frust but you know my dear, we are all happy with your results. it is because we (brother n sisters) never got THIS. congrates. kedekut punya examiners kan? Hhaa =.=

so, now you have to start to choose what do you want in your life. follow abah to be a teacher one day,perhaps. heeee. its okay. you think by yourself.

alright, to all the candidates of SPM 2010, GOOD LUCK!! tawakal ye.

* I try to write in English sentences because tomorrow will be my Grammar Test.so, wish me luck -.-

haah amek kau tonggang tebalik bace.



20 March 2011

baju ape nak tempah kat Radzuan Radzwil untuk dinner nanti?

Assalamualaikum semua =.=

ape khabar you olzz semua! haa, bile mood tengah okay macam ni barulah boleh post yang hot-hot gitttteewwwZ.

baiklah you all, dah heboh kat wall FB semua pasal ayat dalam cerita Hikayat Merong Mahawangsa tu. haihh, orang dah 10 hari tayang aku baru nak cerita dekat blog ni. ayat dia ini

"sampai masa tibanya waktu,
redup hati kaum berdua,
bila dua jasad bersatu,
hidup mati jadi bersama"

okay, nak admit ni sebenarnya aku ni bukanlah tahu sangat pasal cerita HMM ni. tapi, bila keluar kat panggung rase macam eh, nak tengoklah. haa, tu yang sanggup pergi Melaka tengok.

pada pendapat aku lah kan, cerita ni sangatlah best. sangat bagus untuk para remaja macam i ni okay. nak baca hikayat-hikayat ni memang taklah kan. sebab ayat dia pun agak complicated sikit. tapi, bile disampaikan melalui cerita, so, benda tu jadik mudah lah.



pelakon dalam cerita tu bukanlah aku kenal sangat pun. Stephen Rahman, heh rase macam pernah dengar nama tu. tapi tengok muka dalam cerita ni je first time kot. bile tengok die lawan-lawan pedang tu rase macam heeh,machonye mamat ni. tapi muka macam busuk sikit lah. alah biaselah, zaman dolu dolu kan.

okay, di sini saya nak mengsyorkan pada orang Melayu terutamanya, sila ke punggung berdekatan dengan anda dan tonton filem ini. sila ambil tahu tentang sejarah kita ye.

bye bye.
salam.