14 January 2011

cara budak yang tak dapat ptptn jimat duit

Assalamualaikum readers.


hey, hows LIFE? sure semua okay je sebab masih boleh bace 'this is it' ni.

alright. permulaan sem dekat universiti memang berat sikit. sebab semuanya nak kene guna pitih. guna duit. semuanya nak kena bayar. macam beli buku , bayar yuran kelab, persatuan, duit-duit t-shirt, banyak lagi lah.

sebagai budak yang tak berapa nak adanya duit setakat ni, aku buat macam-macam cara. haha. tak payah la fikir kau nak rompak aku ke ape sebab aku memang pokai sekarang.rugi je. so, untuk mengelakkan dari kesempitan duit aku:

1.BELI BUKU DARI SENIOR
-budak part 1 yang baru merangkak dalam u haruslah buat muka manis bersama senior. dengan cara itu, maka korang akan dapat banyak profit. tapi macam aku, sebab sepupu and kawan ramai so macam senanglah sikit. beli buku dari senior tentunya dapat harga yang murah. tak perlu buku baru sebab senior pun akan bagi buku yang bersih.hehe.

2.SELALU PULANG KE RUMAH
-dengan jarak yang hanya lebih kurang 20km bila-bila masa boleh balik. ini adalah satu peluang yang besar bile selalu dapat balik rumah. sebab duit you all akan save untuk makan dan basuh baju. takpun lagi satu, bila selalu balik rumah nanti bonda takpun ayahanda korang akan tanya "ada duit tak" haa time tu lah mintak. tapi jangan amalkan selalu. tak elokkk. cehceh.

3.BUAT BAIK DENGAN ABANG DAN KAKAK
-sebagai contoh, baru je tadi aku balik rumah. kekna tanya "ade nak beli pape tak?" then aku kata"ade tapi tak payah la sebab tak loaded sekarang". then tiba-tiba kekna terus drive pergi tempat beli barang. mula-mula macam amik sikit je barang(makanan) lepastu bile kene tegur "aikkk,sikit je?" aku pun lincah-lincah amik barang(makanan) lain. sampai bile bawak balik mak kata "ini barang fe'qa? fuyyyoohh." heheh. lagi, untuk topup jangan risau. bile dah buat baik tu tak payah nak pura-pura terkejut bila topup tetiba dah bertambah. adelah yang sedekah tu.

4. PILIH GERAI MAKANAN YANG PALING MURAH
-kalau aku tak balik mesti kene makan 3 kali sehari. breakfast,tengahari & malam. untuk breakfast makan je lah biskut takpun roti dengan air milo. makan tengahari pulak pilih lauk yang mengenyangkan tapi murah. kalau aku suka makan nasi. RM3 je dah boleh makan. tapi tak payah lah beli air. minum plain water kan lagi bagus. bukan setakat jimat duit tapi baik untuk kesihatan. tak payah nak ikat perut konon-konon nak save duit, makan tu penting.

5. UTAMAKAN KEPERLUAN TINGGALKAN KEHENDAK
-untuk save, kita jangan suka hati je ikut hati nak guna duit. sebelum keluarkan duit tu fikir dulu keperluan ke kehendak. eheh. keperluan tu macam makanan,buku,persatuan semua punya duit. kehendak tu macam baju baru ke ape tak perlu dulu. tunggu dah loaded baru boleh. tahan dulu takpe untuk mase depan cehhhhhhhhhhhh.

gile lah siap buat point seh aku. punyalah beria nak cerita. okay, itu cara aku. korang ada cara lain perhaps? mungkin boleh buat entry lagi bagus dari aku. okay. rasanya sampai sini je.

selamat semua. salam.