09 January 2011

lemme tell you more

salam semua :)

tak update macam boring je. nak update tak tau nak cerita ape. so, aku decide nak cerita pasal MINGGGU DESTINI SISWA (MDS) okayy. konon-konon macam tak nak cerita mula-mula, tapi entah nak cerita jugak.

mane nak mula? MDS tu kire macam orientasi lah. we all masuk seminggu sebelum senior daftar. oraitt, mase minggu orentasi as usual penat lah. maklumlah, tidur walaupun pukul 11 lebih dah tidur tapi bangun pukul 4 pagi still ngantuk jugak. yelah, tau je lah aktiviti komfem komfem penuh mase orentasi.

pagi-pagi kene pergi masjid. adelah dalam 10 minit jalan kaki. yang tak tahan tu banyak sangat tangga tu. longgar lutut lepas habis lalu tangga. HAHA. sebelum tu pukul 5 dah kene berkumpul dulu dekat court. lambat je dah kene lah. bukan kene ape tapi macam sound jugak lah.

"awak ni, untung kitorang bagi tidur awal. kalau batch awak yang dulu tu takdenye nak tidur awal camni. tapi tu pun awak bangun lambat jugak"

ahaaa lebih kurang macam tu lah ayat die. cehceh. lepastu, sebab banyak jalan sane sini budak perempuan kene pakai sportshoes. ohhh malunya nak tulis part ni. yelah. rock tau. pakai baju kurung dah habis baik punya dress-up lepastu tengok bawah ergghhh spoilll!!

then, siang usually kami dengar ceramah lah. ahhh time ni yang best. sebab semua angguk-angguk je bile penceramah tu bagi ceramah. mengantuk maknanya. aku? control je mata. kalau aku tertidur la kat dewan tu uishhh mau segan dibuatnya. Eii, tok sio teman.

petang pulak ade la aktiviti senam 1 Malaysia, menari choki-choki, sukaneka semuaa. ecehh, aku paling suka part yang menari choki-choki tu. sebab bile buat rasa macam diri tu kiut *perahsan gila* tak delah. tapi best lah.

malam pulak, kadang-kadang ceramah. kadang-kadang berlatih untuk perasmian minggu orentasi tu. dah hafal dah la lagu UiTM Dihatiku dengan Wawasan Uitm. masa orientasi semangat gila kot nyanyi lagu tu. lepastu, jadik ape tah.

okay. untuk kelas pulak, aku ambik akaun. kelas ade dalam 38 je yang amek akaun. 11 perempuan 27 lelaki. cool tak? lepastu bahagi ngan 2 kelas. jadiknya, kelas aku sekarang ade 5 perempuan and selebihnya lelaki. wuhhh, mula-mula macam huh?? lepastu okay boleh adapt.

alright. sampai sini ja semua. :D