ape khabar you olzz semua! haa, bile mood tengah okay macam ni barulah boleh post yang hot-hot gitttteewwwZ.
baiklah you all, dah heboh kat wall FB semua pasal ayat dalam cerita Hikayat Merong Mahawangsa tu. haihh, orang dah 10 hari tayang aku baru nak cerita dekat blog ni. ayat dia ini
"sampai masa tibanya waktu,
redup hati kaum berdua,
bila dua jasad bersatu,
hidup mati jadi bersama"
okay, nak admit ni sebenarnya aku ni bukanlah tahu sangat pasal cerita HMM ni. tapi, bila keluar kat panggung rase macam eh, nak tengoklah. haa, tu yang sanggup pergi Melaka tengok.
pada pendapat aku lah kan, cerita ni sangatlah best. sangat bagus untuk para remaja macam i ni okay. nak baca hikayat-hikayat ni memang taklah kan. sebab ayat dia pun agak complicated sikit. tapi, bile disampaikan melalui cerita, so, benda tu jadik mudah lah.
pelakon dalam cerita tu bukanlah aku kenal sangat pun. Stephen Rahman, heh rase macam pernah dengar nama tu. tapi tengok muka dalam cerita ni je first time kot. bile tengok die lawan-lawan pedang tu rase macam heeh,machonye mamat ni. tapi muka macam busuk sikit lah. alah biaselah, zaman dolu dolu kan.
okay, di sini saya nak mengsyorkan pada orang Melayu terutamanya, sila ke punggung berdekatan dengan anda dan tonton filem ini. sila ambil tahu tentang sejarah kita ye.
bye bye.
salam.