sebenarnya aku memang tak suka update entry yang berunsurkan emo-emo belaka. tapi kali ni just nak cakap je. memang kene cakap ni.
wahai perempuan-perempuan yang ada dekat barisan wing aku ni. tolonglah jage kebersihan sikit. ape ni, mentang-mentanglah dah nak habis sem korang sesuka hati je buat ape yang korang nak.
kalau basuh pinggan mangkuk tu, tolonglah buang sampah sarap semua dalam tong sampah dulu. mak aihh, bukannya susah sangat pun. ni idak, aku masuk je kat tandas tengok dalam sinki ade lah batang sawi lah, sisa-sisa maggi lah takpun kekadang berketul-ketul ayam. haihh, ape ni?
nanti bila sinki dah tersumbat mulelah euww euww geli nak termuntah tengok. haa, tapi semuanya sapa yang buat. korang boleh lah cakap, alah mak cik cleaner tetiap hari bersihkan tandas rileks je. tapi kesianlah sikit, takkan asyik nak suruh dia kutip sisa makanan tu.
lagi satu, aktiviti basuh pinggan mangkuk janganlah buat kat sinki tempat orang basuh baju. gunalah sinki yang orang tak guna basuh baju tu. (besar tak bilik air kitorang? hehe) bayangkanlah, orang nak basuh baju kat bekas-bekas minyak korang basuh pinggan. kembang kaki aku. geli seh.
akhir kata, jagelah kemudahan yang ada ni. takkan kat rumah pun korang buat macam ni. hem, tak sia-sia kene bebel dengan abah aku dari dulu pasal bende-bende ni semua. alah, jage bajet macam sinki kat rumah lah.
sekian.
:)